
APC READINESS GLOBAL SDN BHD
- Melaka
- Education
- ****400
- ****@gmail.com
- Open Jobs – 1
PENGENALAN PERKHIDMATAN DI ANAK PINTAR CENTER
Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat perhatian di semua peringkat masyarakat, kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di rumah. Di Malaysia, program 4 tahun ke bawah adalah program Taska manakala Tadika ini adalah untuk golongan kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun, sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di tahun satu sekolah rendah.
Di Taska & Tadika Anak Pintar, kami melaksanakan program ini dengan menyediakan standard pengajaran yang berkualiti dan konsisten dengan menetapkan pelbagai amalan pedagogi untuk memperkayakan pembelajaran anak-anak melalui pendekatan yang holistik. Kami memberi perhatian kepada, aspek peribadi, sosial, emosi dan kognitif, fizikal anak-anak dalam pendekatan kami untuk memastikan setiap kanak-kanak dapat berkembang mengikut fitrahnya.
Kami juga memberi asas yang stabil melalui pemupukan, pembelajaran dan peluang pembangunan, di mana setiap pelajaran dirancang dengan mengambil kira umur dan kepentingan anak-anak, dengan setiap kanak-kanak dinilai secara tetap.
Antara perkhidmatan lain yang kami jalankan antaranya adalah transit dimana transit bermaksud kemudahan kanak‐kanak sekolah rendah yang memerlukan tempat persinggahan untuk mandi, makan tengahari dan membuat persediaan ke sekolah (sekolah kebangsaan/sekolah agama) serta transit di musim cuti sekolah. Ini bertujuan, mempermudahkan ibu bapa yang bekerja mengikut masa ditetapkan oleh majikan mereka.