
PKNP AGRO-TECH SDN BHD
- Kuantan
- Accounting & Finance
- ****169
- ****@gmail.com
PKNP AGRO-TECH SDN BHD adalah sebuah anak syarikat Milik Penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang yang terlibat dalam sektor perladangan kelapa sawit.
OBJEKTIF
Bagi meningkatkan pertumbuhan industri kelapa sawit di Negeri Pahang dan menjalankan aktiviti secara langsung dan tidak langsung bagi membantu PKNP dalam menggalakkan pembangunan penanaman kelapa sawit.
VISI
Menjadi di antara peneraju dalam industri perladangan dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti upstream dan downstream seterusnya menjana kewangan kepada PKNP.
MISI
Membangunkan dan menguruskan ladang-ladang PKNP secara komersil dengan memaksimumkan pencapaian hasil dan kos yang optimim serta amalan agronomi yang sempurna dengan meningkatkan tahap pengurusan yang cemerlang melalui budaya kerja yang berprestasi tinggi dan berintegriti.
Ketika ini pihak syarikat sedang menguruskan 3 ladang kelapa sawit milik PKNP. Ladang yang sedang diuruskan adalah seperti berikut :
i. Ladang Ganchong - 1,930.35 Hektar
ii. Ladang Sebayan - 404.70 Hektar
iii. Ladang Ulu Tembeling - 4,046.94 Hektar